ASASI SAINS PERTANIAN UPM (ASPER): KULIAHBINDUABELAS
Assalamualaikum and hi peeps!
Sedar tak sedar aku dah sambung degree pun. Duk merungut kata, bilalah nak habis asasi ni?! Tetiba, aik? Degree dah? Hahahahaha! Rasa macam magik pulak! Punyalah masa itu seperti pedang!
Tetiba rasa rindu pulak kat member-member kuliah yang rata-rata dah bertebaran ke seluruh UPM. Ada yang ambik Medicine, Veterinary Medicine, Engineering, Education, OSHA, Food Technology, Biomedic, Major Physics, Human Development, Communication, Microbiology, Agriculture dan jugak Accounting. Paling ramai duk kat Kolej 17 (kolej penempatan untuk student medic, vet dan health sciences), diikuti Kolej 10 dan Kolej 11 (kolej penempatan untuk student engineering), kolej serumpun (Kolej 12, 14, 15, 16), KPZ, KTP, Kolej 6, Kolej 13, KTDI, KOSASS (kolej penempatan untuk PALAPES) dan jugak KC (kolej penempatan untuk SISPA). Tengok, semua dah lain-lain kolej tau. Lepas ni payahlah nak jumpak balik melainkan ada yang nak buat reunion huhu! Nak hangout sesama pun dah payah sebab masing-masing tak sama jadual kelas.
Yang keluar UPM pun ada tau! Sorang tu ambik Dentistry. Yang sorang lagi, baru je fly ke Alexandria, Mesir pagi tadi untuk sambung medik. Sorang lagi tak tahu berita. Uhh, nampak sangat aku ni tak rajin tanya khabar member huhu!
Macam-macam yang kami dah buat sesama sepanjang asasi yang buat aku makin rindu kat diorang. Aku tak nafikan, ada jugak peristiwa pahit yang dah terjadi kat aku masa asasi dulu. Tapi, kerinduan selepas perpisahan tu mengatasi segalanya, cewah!
Okay gais, sila bersedia dengan koleksi gambar sepanjang asasi ni. Aha! Sebelum aku lupa, kalau sudi, silalah berkunjung ke IG kuliah kami ni. Alah, kasi chancelah nak promote IG kuliah, ngeh ngeh!
Bismillah, presenting.. Kuliahbinduabelas!
First week as ASPERian |
Last week as ASPERian |
SUKRA ASPER |
Sukan Sea 2017 |
Amali Pertanian kat SISFEC Puchong |
BBI class Group A |
Dinner ASPER |
Agriculture I |
Biology II (4 out of 5 sebab sorang lagi dah cabut balik dulu lol!) |
Physics II |
Physics I |
Biology I (5 out of 6 sebab sorang lagi masuk as second intake) |
Chemistry II |
Chemistry I |
Agriculture II |
Sebenarnya, ada banyak lagi gambar yang merepek-repek diorang spam hantar ke Whatsapp/Telegram, sampai dah beribu gambarnya dalam laptop aku ni haa! Tapi, aku sayang gila nak padam. Entahlah nak ke padam ke tak nanti haha!
Pendek kata, I have an awesome classmates sepanjang asasi! Aku happy bila kebanyakan daripada diorang dapat course yang diorang nak untuk sambung degree. Aku harap memasing happylah dalam hidup ni dan dapat capai apa yang diorang impikan selama ni!
Auf Wiedersehen! Nak sambung throwback gambar-gambar muka lawak diorang yang berlambak dalam laptop ni hahahahahahahaahahaha!
Tengok ni berapa banyak aku simpan gambar spam diorang sejak awal sem lagi aku simpan wehh hahahahahahaha! |
0 comment(s)
AMALI PERTANIAN: LADANG DAN KEUSAHAWANAN
Assalamualaikum and hi peeps!
Entry kali ni, aku nak cerita specifically apa aktiviti yang kami buat masa amali ladang dan amali keusahawanan. So stay tuned!
Aku dah ada cerita pasal subjek pertanian dan amali ladang generally pada entry lepas. Korang kena ingat tau, sem 1 dengan sem 2 dah tak sama subjek dan amali tau! Yang kena amali kat ladang tu masa sem 1 dan pada sem 2 korang akan ada amali lain pulak.
Bismillah. Masa sem 1, korang akan ada amali ladang seminggu sekali selepas kelas. Korang akan letih sikitlah pada hari tu sebab mana nak rushing solat lagi, nak pergi tempat amali lagi. Kalau pada hari tu korang kena amali luar UPM, lagilah korang kena rushing sebab kalau korang lambat, ucapkanlah selamat tinggal kepada bas yang sedang bergerak meninggalkan korang........ taklah! Acah je. Tak kena tinggal pun tapi kena marahlah sebab korang lambat! Setiap minggu kami akan amali di tempat yang berbeza dan yang paling kami tunggu; amali dekat Ladang 16 dan Unit Ekuin! Masa ni laa nak merasa main dengan lembu dan kuda pun kan?
Haa korang jangan ingat korang amali tu saja-saja tau! Korang kena buat report setiap amali yang korang dah buat dengan groupmate korang dan buat presentation depan lecturer dan kuliahmate korang pada hujung sem. Lagi satu aku nak pesan, sebelum daftar masuk, korang belilah smartphone atau memory card yang besar storage dia siap-siap sebab aku gerenti, berjuta punya korang akan selfie nanti. Belum masuk lagi kuliahmate korang send gambar lagi! Haa matilah korang nak taruk banyak-banyak gambar tu dalam memory korang!
Amali pertama dekat unit fertigasi. Kami masa tu cuma cabut rumput dan susun batu-bata dalam rumah hijau tu je hari tu. |
Amali dekat hatceri ikan. Kami buat ikan perkasam masa tu. |
Amali dekat ladang koko, kopi, teh dan kelapa. Masa ni merasalah kami sekelas berhimpit naik traktor. Punyalah jakun tak pernah merasa naik traktor. :') |
Amali ladang kelapa sawit. Alamak maaflah gambar ni je ada! Ni pun untuk report hahahahahahahahaha sorry Pa! Masa ni kami kena tabur baja dekat setiap pokok dan packing baja dalam beg kecik. |
Amali ladang kongsi. Kami masa tu kena cangkul tanah dan balut tandan pisang dengan plastik. Group aku kena cangkul perghh kami cangkul pun separuh jalan jaa. Tu pun sampai dah melecet tangan aku. |
Amali unit cendawan. Lelaki kena sediakan tanah untuk isi dalam beg cendawan dan perempuan kena isi tanah dalam beg cendawan dan susun dalam satu kotak. |
Amali SISFEC Puchong. Ni lah amali dekat luar UPM. |
Amali unit sayuran. Kami kena tanam anak pokok labu dekat batas. |
Amali unit ekuin. Masa ni kami diberi peluang bawak kuda jalan-jalan sekitar situ hehehe! |
Amali unit turf. Yaa kami kena kutip dan bersihkan daun kering dekat padang golf tu. |
Amali unit herba dan aroma. Kami kena trim pokok hiasan dekat situ, tapi hari tu aku curi tulang dan banyak selfie jaa hahahahahahahah! |
Masa sem 2 pulak, dengan groupmate korang, korang kena rancang korang nak buat business apa dan sediakan Business Plan. Pada akhir sem, korang kena buat presentation depan lecturer dan kuliahmate Business Plan. Sem ni bagi aku bosan sikit sebab masa amali duduk dalam kelas je buat Business Plan. Tapi yang untungnya, korang dah dapat gambaran awal step by step macam mana korang nak mulakan perniagaan. Tapi ada satu hari tu, kami kena amali dekat pasar tani. Kuliah aku dapat dekat Pasar Tani Mega Melawati. Setiap dua orang diagihkan ke satu gerai dan kami kena berniaga sekali sampai tamat pasar tani beroperasi. Melalui amali kali ni, korang dapatlah merasa macam mana feeling berniaga dan handle kerenah customer. Bagi aku, aku tak de masalah sangat dah sebab masa sekolah dulu aku ahli Usahawan Muda. Setiap minggu jaga kiosk dekat asrama hehe!
0 comment(s)
ASASI SAINS PERTANIAN UPM (ASPER): PENGENALAN
Hai assalamualaikum guys! Tak sampai 2 minggu lagi dah nak sambung degree. Arghh dah 4 bulan aku buang masa kat rumah. Tak cari apa-apa kerja dan jadi bibik kat rumah ni lol. Sambil-sambil tu kalau bosan sangat duduk dekat rumah, aku pergi merempit pusing satu taman perumahan je huhu.
Okaylah, melalut pulak aku ni. Sebenarnya aku saja gatal nak buat entry sekarang ni. Memandangkan aku baru je habis asasi aku bulan Mei hari tu, nak cerita pasal ASASI SAINS PERTANIAN UPM atau kami panggil Asper je for short. Hahahahaha acah alumni sehh!
Nak cerita sikitlah macam mana aku boleh mohon Asper ni. Pada mulanya, aku start tahu kewujudan Asper ni masa aku Form 4 melalui senior sekolah aku yang belajar kat situ jugak. Sekarang ni, senior aku tu baru je tamat latihan industri dan bakal graduate bulan Oktober nanti, insya-Allah. Aku jadi tertarik sebab title PERTANIAN tu. Asasi lain mana ada title PERTANIAN haa kau! So sejak dari hari tu aku mula tanam impian aku nak masuk Asper.
Masa nak isi UPU, hati aku jadi bolak-balik sebab kalau boleh, aku taknak belajar pure science dah. Perghh bapak teruk gila aku masa tu hahaha! Aku ingat nak mohon ASASI BAHASA ARAB UIA untuk first choice, tapi aku takut ayah aku marah sebab dia nak sangat aku ambik medik. Huhuhu dengan terpaksanya aku letak Asper tu sebagai first choice aku. Akhirnya, aku di sini jugak.
Dalam entry ini dan seterusnya, aku akan perkenalkan kepada korang berkenaan dengan ASASI SAINS PERTANIAN UPM ni supaya korang jatuh cinta dengan Asper ni. Bak kata orang-orang tua, tak kenal maka tak cinta, cewah! So aku harap korang enjoy laa baca blog aku ni! ^_^
Bismillah. Pada mulanya, masyarakat kurang menyanjung Asper ni sebagaimana mereka menyanjung asasi sains yang lain, hanya kerana title PERTANIAN. Orang ingat bila kita belajar kat sini, kita cuma boleh jadi petani je bila kita habis belajar kat UPM ni. Aku pun pernah kena dengan pakcik aku tau dulu huhu! Tapi ramai yang tak tahu yang ex-Asper ni boleh mohon apa-apa degree course yang ditawarkan di UPM ni, termasuk medik tau! Dan pelajar Asper ni diberi keutamaan untuk memohon apa-apa course, bergantung kepada pointer korang dan persaingan sesama student Asper. Haa itu specialnya Asper ni. So kepada korang yang masih blur lagi nak sambung apa degree nanti, korang bolehlah mohon Asper ni ye?
Asper ni basically sama je subjek yang kami belajar dengan asasi sains di universiti lain dan matrikulasi, cuma penambahan satu subjek Pertanian. Untuk pengetahuan korang jugak, batch kami ni batch pertama yang belajar selama 2 sem. Batch yang terdahulu 3 sem tau! Urghh bapak untung gila ex-Asper dulu-dulu. Kenapa aku kata best? Sebab kelas diorang tak berapa pack sangat dan kalau pointer pada sem tu tak berapa perform, diorang boleh cover dekat 2 sem yang lain. Yang bestnya Asper ni, subjek Pertanian ni ada amali tau!
Kelas selalunya start 8am dan tamat 5pm. Student Asper punya kelas based dekat Kompleks Akademik E, bersebelahan dengan Pusat Asasi Sains Pertanian. Kalau korang tak nak sampai lambat ke kelas, korang kena keluar awal untuk mengelakkan bersesak masa nak naik bas pagi tu. Kalau lecturer cancel kelas pagi, memang boleh sujud syukur beb! Tak payah berebut nak naik bas!
Kalau cakap pasal lecturer pulak, lecturer kat sini semua best dan willingly bantu kita kalau kita ada masalah. Tapi sekarang dah ramai lecturer otai-otai punya dah pencen dan masuk lecturer muda yang baru graduate. Tapi jangan risau! Walaupun lecturer ramai muda, diorang bagi lecture dalam kelas mudah nak faham.
Berkenaan kolej pulak, korang akan ditempatkan bersama dalam satu penempatan kolej. Majority student Asper ni akan stay dekat Kolej 13 dan kalau tak cukup penempatan barulah akan displitkan ke kolej-kolej lain seperti Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Muhammad Rashid, Kolej Tun Perak dan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah. Ini masa zaman akulah. Kalau Asper selepas batch aku, tak tahulah still sama ke tidak penempatannya. Bas ada disediakan untuk ke kelas tapi kadang-kadang kalau bas lambat sangat ke atau bas penuh atau dah terlambat nak pergi kelas, korang naik je Grab kalau korang malas nak jalan kaki hehe! Korang jangan risau jugak, setiap kolej akan ada kafe untuk korang makan. Tapi kadang-kadang kalau aku muak makan kat kafe kolej aku, aku lari makan kat kafe kolej lain hahaha!
Kat UPM ni, ada satu tempat riadah yang cun gila kalau korang nak spend masa korang iaitu Bukit Ekspo! Siap ada kolam ikan lagi dan korang boleh bawak roti bagi makan dekat ikan-ikan situ kalau korang just nak lepak tak nak riadah. Aku dengar cerita tak boleh memancing kat situ tapi selalu je aku tengok ada yang memancing hehe! Korang pun boleh jugak nak buat event macam jamuan kelas ke kat Bukit Ekspo ni.
Setiap pagi hari sabtu, ada pasar tani dekat Maeps. Hah? Maeps kat mana tu? Haha! Korang boleh jalan kaki je pergi pasar tani tu. Kalau korang dah bosan makan benda sama je kat kolej tu, haa korang boleh laa beli makanan kat pasar tani tu. Aku tak selalu pun pergi pasar tani walaupun kolej aku paling dekat dengan pasar tani tu sebab takut beli makanan banyak sangat hahaha! Pelahap kan aku ni?
Korang bosan pada hujung minggu? UPM ni dekat dengan Sri Serdang, Putrajaya, IOI Mall dan The Mines untuk korang hangout dengan kawan-kawan! Kalau nak balik kampung? Korang pergi je KTM Serdang dan naik tren ke Bandar Tasik Selatan (Bukan Bangtan Boys ye rakan-rakan) sebab kitaorang panggil BTS je hahahahahahahah! kat BTS tu ada TBS. Haa korang belilah tiket bas kat situ. Tren nak pergi KLIA pun ada kat TBS tu. Tak nak naik bas? Nak naik ETS? Boleeeehhhhh! Dari KTM Serdang tu korang naik sampai KL Sentral. Jangan stop dekat BTS pulak okay?
Cukup setakat sinilah pengenalan pasal Asper ni ye. Nanti aku update lain yang lebih lengkap. Nak cakap, belajar kat mana pun sama je, janji belajar elok-elok je okay? Goodluck kepada adik-adik yang dapat Asper ni. Asper ni best tau aku boleh jamin! Muahciked!
0 comment(s)